BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday 23 February 2016 – Today, the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the capital came to life in celebration of the Brunei Darussalam 32nd National day celebration’s Grand Assembly.

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to join the citizens and residents in this country in celebrating the auspicious occasion with other Royal family members.

The Grand Assembly began with a march-past participated by a total of 126 teams, led by the Flag-Bearers carrying a giant sized National Flag, followed by the oath readers, a team bearing the national flags and logo of the 32nd National Day, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), uniformed organisations, the National Service Programme, PKBN trainees, persons with exceptional abilities, ministries and government departments , district representatives and private sector.

The marching team from the Ministry of Defence, dressed in their maroon coloured uniform, each bearing the national flag saw the involvement of 150 participants, which was led by the Permanent Secretary, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. Also joining the march past were Deputy Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Awang Abu Sufian bin Haji Ali,  Deputy Permanent (Technology), Captain (Rtd) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Directors, senior officers, officers and staff of Ministry of Defence.

Meanwhile, a total of 1132 RBAF personnel joined the march past that was led by Colonel Haji Haszaimi bin Bolhassan, Deputy Commander of the Royal Brunei Land Force.

“Generation With Vision” is the theme for this year’s national day celebration that defines the country’s achievements in all aspects throughout the past 32 years of independence. This year’s theme focuses on the young generation in the effort to project the values of high level and resilient self-identity. From this, the Generation with Vision will develop and shape Brunei Darussalam towards realisation of Vision 2035.



BARISAN PENUH SEMANGAT PASUKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB DI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-32



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 23 Feb 2016 – Hari ini, Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara telah disemarakan dengan penuh gilang-gemilang di Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini ke Upacara Perhimpunan penuh bermakna itu bersama Ahli-Ahli Kerabat Diraja yang lain.

Perhimpunan Agung dimulakan dengan acara perbarisan yang disertai oleh seramai 126 pasukan yang dipimpin oleh Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam berukuran besar yang diikuti oleh Pasukan Pembaca Ikrar, Pasukan Pembawa Bendera-Bendera Logo Hari Kebangsaan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB), Pasukan Berpakaian Seragam, peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Pasukan Orang-Orang Berkeperluan Khas, Pasukan Cemerlang, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, wakil daerah-daerah dan sektor swasta.

Pasukan perbarisan lalu dari warga Kementerian Pertahanan, berpakaian seragam berwarna merah tua, dengan setiap seorang membawa bendera kebangsaan telah melihatkan penglibatan seramai 150 peserta, yang diketuai oleh Setiausaha Tetap, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. Turut menyertai perbarisan lalu ini ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Awang Abu Sufian bin Haji Ali, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi), Kapten (B) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, seramai 1132 orang anggota ABDB menyertai perarakan yang diketuai oleh Kolonel Haji Haszaimi bin Bolhassan, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei.

“Generasi Berwawasan” adalah tema untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang menentukan pencapaian negara dalam semua aspek sepanjang 32 tahun kemerdekaan. Tema tahun ini memberi tumpuan kepada generasi muda dalam usaha untuk menonjolkan nilai-nilai yang tinggi dan identiti diri yang berdaya tahan. Dengan ini, Generasi Wawasan akan membangunkan dan membentuk Negara  Brunei Darussalam ke arah merealisasikan Wawasan 2035.