BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 23 February 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 35th National Day with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

The celebration began with the national anthem, following which His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam inspected the Guard of Honour mounted by 410 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force, and a combined band from RBAF and Royal Brunei Police Force under the Parade Commander, Lieutenant Colonel Abdul Rajid bint Haji Zainie.

A march-past comprising of 200 participants from the Ministry of Defence was led by the Permanent Secretary of the Ministry of Defence,
Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

Also taking part were Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN; and Deputy Permanent Secretaries,
Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan and Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin, as well as directors and senior officers of the Ministry.

Meanwhile, 1,235 RBAF personnel joined the march past led by Colonel (U) Abd Rahman bin Hj Durahman. RBAF personnel were also involved in the parade as flag bearers who ushered a large-sized version of Brunei Darussalam’s national flag, as well as the RBAF Band that played patriotic songs throughout the celebration.

More than 140 teams comprising officers and personnel from government agencies, higher education institutions, colleges, schools, and Non-Government Organisations of more than 24,000 participants took part in
Brunei Darussalam’s 35th National Day celebration this year, carrying the theme ‘Accomplishing the National Vision’. 

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-35

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Februari 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Hari Kebangsaan ke-35 bersama Ahli-Ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memeriksa perbarisan seramai 410 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PDB di bawah kawalan Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie.

Acara perbarisan lalu dari Kementerian Pertahanan seramai 200 orang, diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan,
Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

Turut serta ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB; dan Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap,
Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan dan Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin serta pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, seramai 1,235 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai acara perbarisan yang diketuai oleh Kolonel (U) Abd Rahman bin Hj Durahman. Anggota ABDB juga terlibat dalam membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang besar serta pasukan Pancaragam ABDB yang memainkan lagu-lagu patriotik negara.

Lebih 140 pasukan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah serta persatuan iaitu lebih 24,000 orang mengambil bahagian dalam acara
perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 pada tahun yang mengekalkan tema “Menjayakan Wawasan Negara”.