BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 13 June 2016 – In the midst of the holy Ramadhan, the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) paid their respects in a Recital of Yaa Sin, Tahlil and prayer ceremony for the late parents of His Majesty the Sultan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman at the Royal Mausoleum in Jalan Tutong.
The event was attended by the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
The reading of Surah Yassin and Tahlil was led by Major Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF (JA’MAAT) who later read the Doa Arwah.
Some 200 officers and personnel including members of Defence Executive Committee, Commandants, Directors, Senior Officers and officers of Ministry of Defence and RBAF attended the event.
Other RBAF services will also holding the same tahlil ceremony on separate occasions which will be headed by every Service Commanders.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB BERTAHLIL DI KUBAH MAKAN DIRAJA
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Jun 2016 – Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Kementerian Pertahanan hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Majlis dihadiri oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Bacaan surah Yassin, tahlil dan doa arwah dipimpin oleh Mejar Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT).
Lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB menghadiri majlis tersebut.
Unit-unit Angkatan Tentera ABDB juga mengadakan Majlis Bertahlil yang sama secara berasingan dan diketuai oleh Pemerintah-Pemerintah Tentera masing-masing.