BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 2 December 2020 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held the reading of Surah Yaasin and Tahlil ceremony in remembrance of the 40 days after the passing of Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. The ceremony was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

Present at the event was Colonel Norhazalan bin Haji Abdullah, Deputy Joint Force Commander. Also present were officers and personnel of the RBAF.

The ceremony began with mass Maghrib prayers, followed by the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and concluded with the mass Isya’ prayers.

Meanwhile, civilian officers and staffs of the Ministry of Defence as well as RBAF personnel attended similar ceremonies at allocated mosques across the country, whilst similar events were also held at all suraus in the RBAF garrisons and camps.

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL 40 HARI BAGI AL-MARHUM DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 2 Disember 2020 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil 40 Hari bagi Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Majlis diadakan  di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel Norhazalan bin Haji Abdullah, Timbalan Pemerintah Markas Angkatan Bersama. Turut hadir ialah para pegawai-pegawai dan anggota ABDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.

Sementara itu, pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan anggota ABDB menghadiri acara serupa di masjid-masjid yang diperuntukkan di seluruh negara, sementara majlis yang sama juga diadakan secara serentak di seluruh surau garison dan perkhemahan ABDB.