BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 5 June 2017 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today organised a Yassin and Tahlil ceremony at the Royal Mausoleum.
In the spirit of the month of Ramadhan, the activity was held in honour of the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.
Present to lead the congregation was First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence.
Also present were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), Directors, Commandants, Senior Officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The recitation of Surah Yassin and Tahlil was led by Major Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF (JAMA’AT). Separate Tahlil events will also be organised by the RBAF services on the 6, 14 and 15 June 2017.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Jun 2017 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.
Bagi menyemarakkan lagi suasana di bulan Ramadhan, aktiviti keagamaan tersebut telah diadakan bagi paduka ayahanda dan paduka bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.
Rombongan berkenaan diketuai oleh Laksamana Pertama (Bersara) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan,
Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB, Kepten (Bersara) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB, Pegawai-Pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Mejar Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT). Acara-acara Tahlil berasingan juga akan diadakan oleh unit-unit Angkatan Tentera ABDB pada 6, 14 dan 15 Jun 2017.