BOLKIAH GARRISON, Monday 26 June 2017 – Muslims throughout the country today ushered in Hari Raya Aidil Fitri with mass prayers held at mosques and suraus nationwide including suraus at the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
In a ceremony at the Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence, the event began with the Hari Raya Takbir followed by the Aidil Fitri Prayers and sermon delivered by Imam Shuib bin Haji Abdullah, the Imam of Surau Ad-Difa’. The congregants then proceeded to meet-and-greet their colleagues and wish them ‘Selamat Hari Raya’.
Present as guest of honour was Captain Haji Mohd Yusuf bin Masron, RBN, Deputy Commander Joint Force Headquarters of RBAF. Also present were Senior Officers, Officers and Personnel of the Ministry of Defence and units of the RBAF.
The morning prayers was held to mark the month of Syawal – a festive occasion celebrated by Muslims in prayers, gatherings and feasts. It is also a time to seek forgiveness from families and friends.

SEMBAHYANG HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB
BOLKIAH GARISON, Isnin 26 Jun 2017 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri dengan sembahyang sunat di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Dalam majlis yang diadakan di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan, laungan Takbir Hari Raya kedengaran berkumandang diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidil Fitri and khutbah yang disampaikan oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’. Mereka yang hadir seterusnya beramah mesra dan mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada rakan-rakan sejawat mereka.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Kepten Haji Mohd Yusuf bin Masron, TLDB, Timbalan Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota di Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Sembahyang awal pagi tersebut menandakan bulan Syawal yang merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam dengan acara-acara keugamaan dan kenduri serta pada masa yang sama untuk saling bermaaf-maafan bersama keluarga dan sahabat-sahabat.