ISTANA NURUL IMAN, Tuesday 27 June 2017 – Officers and personnel of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today joined the tens of thousands visitors who conveyed their warmest Hari Raya Aidil Fitri greetings to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam and members of the Royal Family.

The Open Palace is one of the Sultanate’s most anticipated annual events and is opened to public from the second to fourth day of Hari Raya.

The festive event give visitors an opportunity to meet and personally extend their Selamat Hari Raya wishes to the ruler and his family members.

Leading the Ministry of Defence and RBAF delegation were Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Acting Commander of RBAF and Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary at the Ministry of Defence. Also present were Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Senior Officers, Officers and personnel of the ministry and RBAF.

Later in the day, delegations from the Royal Brunei Land Force, Female Personnel of the RBAF and Gurkha Reserve Unit also made a Junjung Ziarah at the Royal Palace. The Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force and Training Institute RBAF will make a similar visit on the third day.

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB JUNJUNG ZIARAH DI ISTANA NURUL IMAN

ISTANA NURUL IMAN, Selasa 27 Jun 2017  – Pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini menyertai puluhan ribu pengunjung yang menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan ahli-ahli keluarga Kerabat Diraja.

Istana Terbuka merupakan salah satu acara tahunan negara yang paling dinanti-nantikan dan dibuka kepada umum daripada hari raya ke-2 hingga keempat.

Acara perayaan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu dan secara peribadi menyampaikan hasrat ucapan Selamat Hari Raya kepada Pemerintah Raja serta ahli keluarga kerabat Diraja Baginda.

Mengetuai delegasi Kementerian Pertahanan dan ABDB ialah Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemangku Pemerintah ABDB dan Kepten (Bersara) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan kementerian dan ABDB.

Pada hari yang sama, delegasi dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Askar Wanita ABDB dan Pasukan Simpanan Gurkha juga mengadakan Junjung Ziarah di Istana Diraja.  Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan ABDB (IL ABDB) akan membuat kunjungan serupa pada hari raya ketiga.