MOSCOW, THE RUSSIAN FEDERATION, Wednesday 23 August 2017 – The Deputy Permanent Secretary (Technology & Development), Captain (Retired) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, RBN and Deputy Commander of the Royal Brunei Land Force, Colonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan attended the International Military-Technical Forum ‘ARMY-2017’ Exhibition from 22 to 23 August 2017, which took place at the Patriot Congress and Exhibition Center in Kubinka, Moscow region, Russian Federation.


The ARMY-2017 Exhibition was launched by the Minister of Defence of the Russian Federation, His Excellency Army General Sergei Shoigu on 22 August 2017. Hosted by the Ministry of Defence of the Russian Federation from 22 to 27 August 2017, this exhibition brings together more than 1000 Russian and international exhibitors under 40 thematic sections.

During the visit, the delegation took the opportunity to view static displays and demonstrations of land, naval and air capabilities that are showcased at the Alabino Testing Grounds and Kubinka Aerodrome.

The visit to ARMY-2017 underscores the warm and friendly defence ties between Brunei Darussalam and the Russian Federation. Earlier this year, Brunei Darussalam and the Russian Federation signed a Memorandum of Understanding (MoU) on Military Cooperation in April 2017 during the sidelines of the Sixth Moscow Conference on International Security. Both countries also signed a MoU on Military-Technical Cooperation last year in May, in Sochi, Russian Federation during the ASEAN-Russia Summit.


KEMENTAH DAN ABDB HADIRI INTERNATIONAL MILITARY-TECHNICAL FORUM “ARMY-2017”, PERSEKUTUAN RUSIA

MOSCOW, PERSEKUTUAN RUSIA, Rabu 23 Ogos 2017 – Kepten (B) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, TLDB, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi & Pembangunan) beserta Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei telah menghadiri pameran International Military-Technical Forum ‘ARMY-2017’ pada 22 hingga 23 Ogos 2017 di Patriot Congress and Exhibition Centre, Kubinka, Daerah Moscow, Persekutuan Rusia.

Majlis pembukaan ‘ARMY-2017’ telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Jeneral Tentera Sergei Shoigu pada 22 Ogos 2017. Pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan, Persekutuan Rusia mulai pada 22 hingga 27 Ogos 2017 yang mana telah menghimpunkan lebih daripada seribu wakil syarikat Persekutan Rusia dan antarabangsa di bawah 40 bahagian tematik.

Semasa lawatan itu, delegasi KEMENTAH dan ABDB juga berpeluang untuk menyaksikan pameran statik dan demonstrasi keupayaan ketenteraan darat, laut dan udara yang bertempat di Alabino Testing Ground dan Kubinka Aerodrome.

Lawatan ke pameran ‘ARMY-2017’ ini menandakan hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Persekutuan Rusia yang baik dan mesra. Pada awal tahun ini, Negara Brunei Darussalam dan Persekutuan Rusia telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Ketenteraan pada April 2017 semasa di samping Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow kali ke-enam. Kedua-dua negara juga menandatangani MoU mengenai Kerjasama Ketenteraan-Teknikal pada bulan Mei tahun lepas di Sochi, Persekutuan Rusia semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia.