بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ

سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَبَعْدُ


First and foremost, I and on behalf of the Ministry of Defence’s leadership, would like to convey my well-wishes for the new year 2024 to all civilian and military personnel of the Ministry of Defence. I sincerely hope that 2024 will instill good spirit for all to improve themselves in every facet of their professional and personal lives, as well as to reaffirm commitment to serve His Majesty and the nation with dedication and hold firm to the Ministry’s Core Values and religious obligations. 


In conjunction with this new year 2024, let us renew our determination and pledge of allegiance to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, along with prayers that His Majesty will continue to reign and for our beloved Brunei Darussalam will continue to enjoy peace and prosperity and achieve the Vision 2035 with resounding success.  Aamiin ya Rabbal Aalamiin.


The Ministry of Defence conveys its utmost gratitude and holds in highest regard the Titah by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam in conjunction with the New Year 2024, and His Majesty’s Titah of advices and continued guidances in emphasising the government’s focus in attaining the Brunei Vision 2035 aspiration. Towards achieving these goals, the ‘Whole of Government’ and ‘Whole of Nation’ approach remains the guiding principle and fundamental pillar in the implementation of our national agendas, including for this Ministry where the application of the Holistic Defence concept will also be given continued emphasis and priority as we progress towards sustainable national defence and security.


Confronting a world rife with regional and global challenges, a nation needs a robust and reliable defence, fortified with capable and professional workforce and in addition to strong bilateral and multilateral relations amongst our friendly counterparts. These are niche so as not to compromise our defence readiness. 


Reflecting on the Ministry of Defence‘s accomplishments in 2023, I am appreciative and pleased with the numerous developments in defence and military capabilities that have been executed to bolster our national defence in the face of challenges to the nation’s sovereignty. Going forward towards the year 2035, the Royal Brunei Armed Forces have achieved significant feats, which among others include the commissioning of Royal Brunei Navy patrol vessels KDB AS-SIDDIQ and KDB AL-FARUQ and the establishment of the Fleet Tactical Aircraft Squadron, as well as the acquisition of the C295MW Air Transport aircraft for the Royal Brunei Air Force, which aim at enhancing military missions and defence diplomacy. The year 2023 also witnessed several organisational restructurings, including the institutionalisation of the Field Command Headquarters and the Third Squadron of the Engineer Regiment for the Royal Brunei Land Force. These are part of the “Hala Tuju ABDB” that supports the main core of defence strategy as outlined in the Defence White Paper 2021.


Looking ahead to 2024, the Ministry of Defence records a significant milestone when this Ministry marks four decades of its official establishment since January 1984. The year 2024 also marks a historic moment for the sovereignty of Brunei Darussalam when we will celebrate the 40th National Day; in other words we will commemorate our country’s 40 years of independence. We are grateful for the grace of Allah Subhanahu wa Ta’ala and the wise and benevolent leadership of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, that provides continued peace and harmony for all walks of life, at the same time enables the nation’s steady development in realising Vision 2035. Truly, the blessing of independence is valuable and crucial to be maintained, where the Ministry of Defence through its mission and vision plays a pivotal role not just in preserving our sovereignty, but also in upholding the national philosophy of Melayu Islam Beraja that continues to guide our way of life in Brunei Darussalam.

 

In concluding this 2024 New Year message, I would like to extend my sincere appreciation to all personnel of the Ministry of Defence, whether they are still in service or soon to retire, for their numerous contributions towards the success of the Ministry’s activities. I pray that those contributions, whether in time, effort or thought, be recognised as good deeds and receive bountiful blessings from Allah Subhanahu Wa’taala. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin. 



وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ وَالْهِدَايَةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ






UCAPAN

 YANG BERHORMAT 

PEHIN DATU LAILARAJA MEJAR JENERAL (B) DATO PADUKA SERI 

HAJI AWANG HALBI BIN HAJI MOHD YUSSOF

 MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II

SEMPENA TAHUN BAHARU 2024 MASIHI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ

سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَبَعْدُ


Terlebih dahulu peramba/saya dan mewakili pucuk kepimpinan Kementerian Pertahanan dengan perasaan tulus ikhlas sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 Masihi kepada semua lapisan warga awam dan tentera Kementerian Pertahanan. Peramba/Saya berharap tahun baru 2024 ini memberi suntikan semangat warga Kementerian Pertahanan untuk memperbaiki diri dalam pelbagai aspek kerjaya dan kehidupan serta membaharui azam dan tekad untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada raja dan negara dengan berpegang teguh kepada nilai-nilai teras Kementerian dan tuntutan agama khasnya.

Bersempena dengan Tahun Baharu 2024 Masihi ini, marilah kita sama-sama memperbaharui ikrar ta’at setia Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah​ ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan iringan doa semoga Baginda akan kekal qarar memerintah di atas Singgahsana Kerajaan, dan Negara Brunei Darussalam tercinta akan terus menikmati suasana aman makmur dan mencapai Wawasan 2035 dengan jayanya.  Aamiin ya Rabbal Aalamiin.

Kementerian Pertahanan seterusnya menjunjung kasih setinggi-tingginya dan mendukung Titah Perutusan Tahun Baharu 2024 Masihi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya dan Titah-Titah nasihat serta panduan berterusan Baginda ke arah menegaskan sasaran dan fokus Kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. Ke arah mengecapi kehendak tersebut, pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation akan terus menjadi panduan dan sandaran asas perlaksanaan sebarang apa jua agenda-agenda kebangsaan, termasuk juga bagi Kementerian ini dimana penerapan konsep Pertahanan Holistik (Holistic Defence) akan tetap  dititikberatkan serta diberi peranan penting dalam mencorak kemajuan yang menjurus ke arah pertahanan dan keselamatan negara yang mampan. 


Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar di peringkat serantau mahupun sejagat mutakhir ini, negara setentunya memerlukan institusi pertahanan yang mantap,  memiliki tenaga kerja yang berkeupayaan tinggi dan professional, disamping memiliki hubungan ketenteraan yang kukuh dengan angkatan-angkatan negara sahabat. Inilah yang kita fahamkan sebagai kesiapsiagaan pertahanan tinggi yang tidak dapat dikompromi. 

Mengimbas semula pencapaian Kementerian Pertahanan di sepanjang tahun 2023, peramba/saya bersyukur dan berbangga dengan pelbagai perkembangan keupayaan pertahanan dan ketenteraan yang telah direalisasi bagi meningkatkan ketumbukan kekuatan negara dalam menghadapi anasir yang berpotensi menggugat kedaulatan negara. Menelursuri ke tahun 2035, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khususnya telah mencatat beberapa pencapaian signifikan antaranya dengan pentauliahan kapal KDB AS-SIDDIQ dan KDB AL-FARUQ dan penubuhan Skuadron Pesawat Taktikal Armada Tentera Laut Diraja Brunei serta perolehan pesawat angkut C295MW Tentera Udara Diraja Brunei yang  bakal menggalas tanggungjawab melaksanakan misi-misi ketenteraan dan diplomasi pertahanan. Tahun 2023 juga menyaksikan beberapa penstrukturan organisasi yang antaranya termasuk penubuhan Markas Medan dan Skuadron Ketiga Rejimen Jurutera bagi Tentera Darat Diraja Brunei. Pencapaian-pencapaian ini adalah sebahagian daripada perancangan Hala Tuju Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi mendukung teras utama strategi pertahanan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021.  


Melangkah ke tahun 2024, Kementerian Pertahanan mencatat detik bermakna bilamana Kementerian ini genap melangkaui empat dekad kewujudannya secara rasmi setelah penubuhan pada Januari 1984. Tahun 2024 ini juga menandakan detik bersejarah bagi kedaulatan Negara Brunei Darussalam bila kita akan meraikan Hari Kebangsaan yang ke-40; dalam ertikata lain memperingati 40 tahun kemerdekaan bumi tercinta ini. Kita bersyukur dengan kurnia rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kepimpinan bijaksana lagi berdaulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, keamanan dan kemakmuran terus dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dan rakyat, yangmana dengannya juga, rancangan pembangunan dan kemajuan negara bagi mencapai Wawasan 2035 dapat berjalan dengan baik. Sesungguhnya nikmat kemerdekaan ini sungguh berharga dan penting untuk dikekalkan di mana Kementerian Pertahanan melalui misi dan visi Kementerian adalah berperanan penting dalam mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayah dan mendukung falsafah Melayu Islam Beraja yang menjadi pedoman kehidupan negara ini.

Bagi menutup Perutusan Tahun Baharu 2024 Masihi ini, peramba/saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak menjunjung kasih dan terima kasih atas sumbangan seluruh lapisan warga Kementerian Pertahanan, sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang akan memasuki alam persaraan, dalam menjayakan program-program dan kegiatan Kementerian di pelbagai peringkat. Semoga sumbangan yang diberikan baik dalam bentuk huluran tenaga, masa mahupun buah fikiran akan menjadi amal jariah dan memperolehi balasan kebaikan dan keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala jua. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ وَالْهِدَايَةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ