
The Ministry of Defence would like to notify the public that the ministry has received reports following an attack on a convoy transporting the MALBATT 850-12 contingent in Sidon, Southern Lebanon on Thursday, 7 November 2024. One of the buses was believed to have been hit by shrapnel from an explosion, injuring an officer and five other ranks. The members only sustained minor injuries and were treated by Lebanese medical teams at the scene.
The Ministry of Defence has received confirmation that the convoy safely arrived at its destination at 11.10 in the evening Brunei time, and all members of the Royal Brunei Armed Forces in the convoy are reported to be safe.
The public is also urged not to create or spread any speculation regarding this incident. The spreading of false information is an offense under Chapter 34 of the Public Order Act, Cap 148 – Dissemination of False Information.
Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kementerian ini telah menerima laporan berikutan insiden serangan terhadap konvoi yang membawa Kontinjen MALBATT 850-12 di Sidon, Selatan Lubnan pada hari Khamis, 7 November 2024. Salah sebuah bas tersebut dipercayai terkena serpihan letupan yang mencederakan seorang pegawai dan lima orang lain-lain peringkat. Anggota-anggota hanya mendapat cedera ringan dan dirawat oleh pasukan perubatan Lubnan dilokasi kejadian.
Kementerian Pertahanan juga telah menerima pengesahan bahawa konvoi tersebut selamat tiba di destinasi yang dituju pada jam 11.10 malam waktu Brunei dan kesemua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang mengikuti konvoi tersebut dilaporkan di dalam keadaan selamat.
Orang ramai juga ditegaskan agar tidak membuat atau menyebarkan sebarang spekulasi berhubung dengan insiden ini. Penyebaran maklumat-maklumat yang tidak sahih adalah satu kesalahan di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 – Penyebaran Maklumat Palsu.