BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 23 January 2019 – The Minister of Defence of Malaysia, The Honourable Tuan Haji Mohamad bin Sabu called on the Second Minister of Defence this morning, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof when he was in Brunei Darussalam from 22 to 24 January 2019 for his introductory visit.

Upon arrival at the Bolkiah Garrison, The Honourable Tuan Haji Mohamad bin Sabu was accorded with a Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

During the call, both Ministers reiterated their commitment to strengthen the existing bilateral defence and military relations and to enhance cooperation in both defence and military sectors through various bilateral and multilateral platforms. Both defence and military institutions have collaborated at regional, and also international operations, most specifically under the umbrella of the International Monitoring Team (IMT) in Mindanao and the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

In the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces, RBAF consented to receive in audience The Honourable Tuan Haji Mohamad bin Sabu at the Istana Nurul Iman.

On the same day, The Honourable Tuan Haji Mohamad bin Sabu took the opportunity to visit the Museum RBAF and the Defence Academy RBAF, where he also interacted with the Malaysian officers participating in the 9th Command and Staff Course.

The Honourable Tuan Haji Mohamad bin Sabu and his
delegation also performed the Fardhu Asar prayers at the Jame’ Asr
Hassanil Bolkiah Mosque, Kampong Kiarong.

Tomorrow, he will visit a number of cultural places that includes the Taman Mahkota Jubli Emas, the Royal Regalia Museum, Kampong Ayer (water village), and the Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Mosque.

The Honourable Tuan Haji Mohamad bin Sabu’s visit underscores the warm and long-standing defence relations between Brunei Darussalam and Malaysia.










LAWATAN PENGENALAN RASMI MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA KE BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 Januari 2019 – Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah membuat kunjungan muhibah pada pagi ini dengan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof semasa berada di Negara Brunei Darussalam dari 22 hingga 24 Januari 2019 bagi lawatan pengenalan rasmi beliau.

Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu disambut dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Semasa pertemuan berkenaan, kedua-dua belah pihak telah mengulangi komitmen untuk memperkuatkan hubungan dua hala pertahanan dan ketenteraan yang sedia ada dan meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang pertahanan dan ketenteraan menerusi platform dua hala dan pelbagai hala. Kedua-dua institusi pertahanan dan tentera telah sering bekerjasama pada peringkat serantau dan peringkat antarabangsa, khususnya di bawah rangka Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) di Mindanao dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Pada sebelah petang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB berkenan menerima mengadap Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu di Istana Nurul Iman hari ini.

Pada hari yang sama, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu juga berkesempatan melawat Muzium ABDB dan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di mana di mana beliau juga berinteraksi dengan pegawai-pegawai Malaysia yang menyertai Kursus Maktab Turus sesi ke-9.

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan delegasi juga melawat Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Beliau akan melawat beberapa tempat kebudayaan pada keesokan hari yang termasuk Taman Mahkota Jubli Emas, Muzium Alat Kebesaran Diraja, kawasan Kampong Ayer, dan Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien.

Lawatan pengenalan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu menandakan komitmen dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.