KAMPONG KILANAS, Friday, 20 July 2018 – A Malaysian citizen, Dayang Rozana Marakus, recited her Islamic oath this afternoon at the residence of Haji Abdul Karim bin Abdullah at Kampong Kilanas, Jalan Tutong.
Present as the Guest of Honour at the conversion ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II.
Also present were Haji Mohd Rais bin Sabtu, the Village Head of Kampong Kilanas, officers from the Islamic Da’wah Centre, officers from the Youth and Sports Department, and family members.
The declaration of Syahadah (declaration of faith) was led by officers from the Islamic Da’wah Centre while the recitation of Surah Al-Fatihah was led by Yang Berhormat Minister of Defence II. Dayang Rozana Marakus is now known as Dayang Rozana binti Marakus.
The conversion ceremony was followed with a recital of the Dikir Marhaban and the sprinkling of bunga rampai. The Guest of Honour then presented a gift to Dayang Rozana to conclude the ceremony.



WARGA MALAYSIA MEMELUK AGAMA ISLAM
KAMPONG KILANAS, Jumaat, 20 Julai 2018 – Seorang warga Malaysia, Dayang Rozana Marakus telah memeluk agama Islam di kediaman Haji Abdul Karim bin Abdullah di Kampong Kilanas, Jalan Tutong.
Hadir menyaksikan majlis pengislaman tersebut selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II.
Majlis pengislaman telah dipimpin oleh pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah manakala bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II. Dayang Rozana Marakus kini dikenali sebagai Dayang Rozana binti Marakus.
Turut hadir ialah Haji Mohd Rais bin Sabtu, Ketua Kampong Kilanas, pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan, dan ahli keluarga.
Majlis turut diserikan dengan laungan dikir marhaban dan taburan bunga rampai. Tetamu Kerhormat Majlis seterusnya menyampaikan cenderahati kepada Dayang Rozana bagi mengakhiri majlis tersebut.