BOLKIAH GARRISON, Monday 11 November 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, received a courtesy call from the Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces (MAF), Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin today.
The Chief of Malaysian Armed Forces is in the country for his farewell visit to Brunei Darussalam from 10 to 12 November 2019.
Upon arrival at Bolkiah Garrison, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri was accorded with a Guard of Honour comprising of personnel from the Royal Brunei Land Force.
During the courtesy call, Yang Berhormat Pehin and Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri highlighted the close and long-standing bilateral defence cooperation that has positively contributed to the overall strength of diplomatic ties between both countries. The courtesy call also encompassed discussions on various issues of mutual concern.
In a separate call, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri also met with the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Both the RBAF and MAF interact regularly through bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, courses, as well as exchange of visits across various levels.
Both Commanders also discussed recent developments pertaining to the deployment of respective troop members under the International Monitoring Team (IMT) in Mindanao, and United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).



KUNJUNGAN PERPISAHAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 11 November 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, pada pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia berada di Negara Brunei Darussalam bagi kunjungan perpisahan dari 10 hingga 12 November 2019.
Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri diberikan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Pehin dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri menggariskan persahabatan erat dalam bidang pertahanan yang terjalin sejak sekian lama di mana ini dinilai memberikan sumbangan yang positif kepada kekuatan hubungan diplomatik secara keseluruhannya. Perjumpaan berkenaan juga memberikan peluang bagi perbincangan isu-isu yang berkepentingan bersama.
Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri seterusnya mengadakan perjumpaan bersama Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Kedua-dua ABDB dan ATM berinteraksi secara kerap melalui latihan dua hala dan juga pelbagai hala, pertukaran profesional, kursus serta pertukaran-pertukaran lawatan pada pelbagai peringkat.
Kedua-dua Pemerintah Tentera juga membincangkan perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan penempatan anggota kedua-dua buah negara di bawah International Monitoring Team (IMT) di Mindanao dan United Nations Interim Force (UNIFIL) di Lebanon.