BERAKAS GARISON, Jumaat 2 Ogos 2013 – Bahagian Ugama Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia beserta Kelas Tahsin Al-Quran Kementerian Pertahanan, Kelas Belajar Al-quran dan Mukaddam telah mengadakan Majlis bertadarus dan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan di Surau Berakas Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan bertedarus 30 juzuk Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran. Selain dari acara tahunan majlis tersebut juga bertujuan bagi memperluaskan pemahaman dalam pembacaan Al-Quran.
Kelas Tahsin Tilawatil Al-Quran adalah merupakan kelas belajar mengaji dewasa bagi warga awam dan tentera Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga.
Kelas tahsin ini menawarkan pembelajaran Al-Quran bermula daripada peringkat asas sehinggalah peringkat lanjutan dan juga tarannum (bacaan secara berlagu).
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010 yang lalu, keramaian pelajar telah mencecah seramai 200 orang.



