BOLKIAH GARISON, Selasa 7 Julai 2015 –
Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dengan ceramah khas ugama bertajuk ‘Al-Quran Penawar dan Rahmat’ yang disampaikan oleh penceramah undangan, Mejar Azlisham bin Haji Abd Aziz daripada unit Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Malaysia.

Majlis diadakan di Surau Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.

Majlis keagamaan ini adalah merupakan acara kemuncak yang disambut di bulan Ramadan bagi memperingati penurunan Al-Quran dari langit Luh Mahfuz kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan. Turut hadir ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit selaku Pemangku Pemerintah ABDB, Ahli-Ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan 
ABDB.