BOLKIAH GARISON, Khamis 2 Mei 2013 – Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen Pesta Sukan Kementerian-Kementerian 2013 telah berlangsung di Dewan Gerak Badan Lelaki, Bolkiah Garison. Seramai 231 anggota Kementerian Pertahanan yang terdiri dari tentera dan kakitangan awan akan menyertai 9 acara sukan yang akan dipertandingkan.

Tetamu Kehormat majlis di upacara penyerahan bendera ialah  Awang Azhar bin Haji Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) Kementerian Pertahanan selaku Ketua Kontinjen Kementerian Pertahanan menyerahkan bendera kepada Awang Noraidil bin Haji Abu Bakar, selaku pengerusi Pesta Sukan Kementerian-Kementerian 2013.

Upacara pembukaan rasmi Pesta Sukan Kementerian-Kementerian 2013 akan berlangsung pada 3 Mei 2013 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas. Kejohanan akan bermula dari 3 Mei 2013 hingga 11 Mei 2013.