BOLKIAH GARISON, Rabu 30 Januari 2013 – Seramai lapan orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menjadi mangsa kebakaran rumah pada hari Sabtu 26, Januari 2013 di Kampong Setia A Bandar Seri Begawan telah menerima derma khairat di satu majlis keugamaan diadakan di Surau Bolkiah Garison.
Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Turut hadir adalah Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Komandan Institut Latihan ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB, Pegawai-Pegawai dan PTB Kanan/Rendah.
Anggota-anggota tentera yang menerima derma berbentuk kewangan dan keperluan asas rumah adalah LKpl Mohd Harreey Azeemy bin Suhaili, Sld Khairul Haziman bin Suhaili, Sld Muhd Amirul Rahimin bin Mohd Musa, Kpl (L) Hazimin bin Kasim, LKpl (L) Samsul Rizal bin Awg Haji Asli, Sld (L) Haji Kharul Rizal bin Haji Duai, Sld Siti Su’aidah binti Haji Budin, Sld (U) Haji Saidin bin Haji Zakaria.
Majlis juga diselajurkan dengan Majlis Merayakan Kepulangan Kontinjen ABDB Ke pertandingan Tilawatil dan Hafalan Al-Quran di Republik Islam Iran. Rombongan yang diketuai oleh Kpt Ariffin bin Amit telah selamat sampai di negara ini pada 28 Januari 2013.
ABDB telah menghantar dua penyertaan bagi pertandingan tersebut, bagi kategori Tilawah diwakili oleh SSjn (L) Aliuddin bin Haji Sarbini dari Tentera Laut Diraja Brunei dan bagi kategori hafalan 5 juzuk Al-Quran diwakili oleh LKpl Pg Kamarul Sarip bin Pg Haji Seripudin anggota dari Jabatan Agama Tentera (JAMAAT).


