BOLKIAH GARISON, Jumaat 25 Okt 2013 – Majlis Penutup Bengkel ‘Tahsinul Fikrah’ bagi PTB-PTB Kanan ABDB telah telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan ABDB, Bolkiah Garison.
Seramai 22 anggota telah menghadiri bengkel berkenaan yang terdiri daripada 19 anggota lelaki dan 3 anggota wanita.
Hadir selaku Tetamu Kehormat, Kolonel (U) Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Dirja Brunei, Pegawai-pegawai Kanan, Ptb-Ptb Kanan dan Rendah.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran telah dipersembahkan oleh 16982 Kpl Harun Al-Rashid Bin Haji Mohd Hussain.
Para peserta telah didedahkan dengan pelajaran-pelajaran mengenai ibadah serta fardhu kifayah yang menghubungkan kepada perkara-perkara harian dan fungsi serta peranan sebagaia individu islam secara keseluruhan. Para peserta juga berpeluang untuk menunaikan ‘Qiamulail’ diisi dengan sembahyang sunat tasbih, sembahyang sunat taubat dan sembahyang sunat tahajjud selaras dengan nama program ini iaitu ‘Tahsinul Fikrah’ yang membawa makna membaiki dan menghalusi. Tetamu Kehormat didalam ucapannya menyeru kepada yang hadir tentang keperluan tentang menghalusi dan memperbaiki kualiti ibadah dan sentiasa mengamalkan apa jua ilmu yang telah dipelajari dan mengkongsikan ilmu tersebut kepada yang lain.

