BOLKIAH GARISON, Sabtu 6 Disember 2014 – SSjn Mohamad Alisam bin Gunong dari Unit Pancaragam ABDB telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan islamnya hari ini.
Majlis pengislaman telah berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Bin Haji Mohd Tamit, Pemangku Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pengarah-pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB, Pegawai Agama ABDB, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah dan para jemputan serta kaum keluarga.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan lafaz dan ikrar pengislaman yang telah dilaksanakan di hadapan Pegawai Pengislaman Pusat Dakwah Islamiah, Daerah Brunei dan Muara.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Pemangku Pemerintah ABDB kepada yang diraikan. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Kapten Ariffin Bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.


