BOLKIAH GARISON, Jumaat 12 Jun 2015 – Kementerian Pertahanan petang ini telah mengadakan Majlis Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam di Peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison bagi tahun 1436H/2015M.
Majlis berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) .
Majlis Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi KDYMM telah disampaikan oleh Pemerintah ABDB kepada wakil-wakil dari Jabatanarah-Jabatanarah dan Jabatan-Jabatan dibawah pentadbiran Kementerian Pertahanan.
Pada tahun ini, sejumlah 154 tan metrik buah kurma jenis ‘Safawi’ iaitu 513,333 kotak kecil akan diagih-agihkan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di negara ini menjelang bulan Ramadan.
