SG AKAR KEM, Khamis 31 Okt 2013 – Majlis Pembukaan Bengkel ‘Tahsinul Fikrah’ bagi Pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah pun berlangsung di Maktab turus Akademi Pertahanan, Kg Sungai Akar semalam. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.


Bagi memberkati majlis tersebut bacaan ayat suci Al-Quran telah dibacakan oleh 11307 SSjn Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar, salah seorang anggota JAMA’AT dan seterusnya ucapan aluan daripada pengerusi program dan seterusnya ucapan dari dari Tetamu Kehormat.

Adapun matlamat program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran para peserta terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memantapkan institusi berkeluarga. Dapat menjelaskan tentang konsep memahami, menyayangi, menghormati dan komunikasi efektif dalam perhubungan kekeluargaan. Dan juga berpeluang  mempertingkatkan ilmu dan kefahaman yang matang dalam usaha mewujudkan keluarga sakinah berasaskan kasih sayang di antara ahli keluarga.

Disamping itu juga program ini dapat  memupuk menjadikan individu yang beriman, bertakwa serta berwawasan di samping menyediakan generasi bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, bangsa, negara dan agama.

Program ini merupakan antara aktiviti tahunan Jabatan Agama ABDB yang mana ianya berlangsung selama 2 hari. Program ini dihadiri seramai 24 pegawai dari unit-unit Angkatan Tentera. Turut hadir para jemputan, Pegawai-Pegawai Kanan, serta peserta program.