BOLKIAH GARISON, Selasa 26 Januari 2016 – Dalam usaha Cawangan Sekuriti Pertahanan (CSP) ke arah meningkatkan ilmu pengetahuan serta kesedaran ke seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ABDB, satu usaha aspek-aspek yang berhubungkait dengan sekuriti telah diadakan melalui Jerayawara Kesedaran Sekuriti.  

Pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Dewan Gerak Badan Baru, Bolkiah Garison.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Menteri Pertahanan & Jabatanarah Perancangan Strategik, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, pegawai-pegawai kanan serta jemputan yang lain daripada Kementerian Pertahanan & ABDB.

Dalam ucapannya  Yang Dimuliakan Pehin menekankan tentang kepentingan bagi semua pihak baik dari kalangan pegawai dan lain-lain peringkat dalam sama-sama membantu ke arah meningkatkan tahap sekuriti di Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Jerayawara ini diharapkan agar dapat membantu warga Kementerian Pertahanan serta ABDB dalam lebih memahami kepentingan sekuriti ini serta mengapplikasikan ianya di unit masing-masing.

Pameran dibukakan untuk kunjungan anggota tentera dan awam dari 27 hingga 28 Januari pada waktu bekerja di Dewan Gerak Badan Baru, Bolkiah Garison.