BOLKIAH GARISON, Jumaat 27 Mei 2016 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) petang ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB ke 55 tahun di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.

Acara dimulakan dengan bacaan khatam Al-Quran, bacaan takhtim dan doa khatam serta diteruskan dengan laungan dikir marhaban oleh Imam Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam Surau Kementerian Pertahanan.  Majlis berakhir dengan sembahyang fardhu Asar berjemaah.

Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di seluruh Surau Garison, Perkhemahan dan Pangkalan ABDB.