BOLKIAH GARISON, Selasa 6 Ogos 2013 – Majlis Khatam Al-Quran kali kedua bagi Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison telah berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison sebagai menandakan sempurnanya pembacaan 30 juzuk Al Quran

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-pengarah Tentera, Pegawai – pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah di ikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran, Takhtim serta Doa Khatam yang dibacakan oleh Imam Suhif bin Haji Abdullah. Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban diikuti dengan tetamu kehormat majlis berkesudian menyampaikan bunga telur kepada peserta-peserta Khatam Al-Quran.