TANAH JAMBU, MUARA Jumaat 19 April 2013 – Satu Majlis Doa Selamat bagi Memulakan Pembinaan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah berlangsung di tapak pembangunan baru Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Tanah Jambu.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang di ketuai oleh Kapten Ariffin bin Amit, Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Hadir dimajlis tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Mohd Tawih bin Abdullah, Komandan Akademi Pertahanan, Kolonel Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, pegawai-pegawai dari Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, anggota-anggota tentera Akademi Pertahanan dan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pembangunan tapak tersebut.
Tapak pembangunan baru Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dijangka akan siap didirikan pada penghujung tahun 2014.
