MUARA, Jumaat 26 April 2013 – Majlis doa kesyukuran bagi meraikan kejayaan pasukan Bolasepak dan Lumba Perahu Majlis Sukan ABDB telah pun diadakan pada Hari Jumaat, 26 April 2013, bertempat di Pusat Sukan Air ABDB, Serasa, Muara. Hadir selaku tetamu Kehormat Majlis ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Haji Abidin. Turut hadir ialah YDM Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei dan Pemerintah Markas Angkatan Bersama, Komandan dan Pengarah-pengarah Tentera di Kementerian Pertahanan.
Mengimbas kembali, berikut adalah pencapaian Pasukan Bolasepak MS ABDB:
Juara Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam 2012
Juara DST FA Cup 2013
Naib Juara DST Super League 2012- 2013
Pasukan Lumba Perahu MS ABDB juga telahpun mencapai kejayaan di Kejohanan Brunei Regatta 2013:
Juara Lumba Perahu Tradisi 20 Pekayuh
Juara Lumba Perahu Fibreglass 12 Pekayuh antara Kementerian
Naib Juara Perahu Fibreglass 20 Pekayuh antara Kementerian
Tempat Ketiga, Perahu Tradisi 25 Pekayuh Tempatan



