BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday 22 November 2014 – It is with deep regret that the Ministry of Defence confirms the death of a recruit, Recruit Mohd Afiq Fadhli bin Kefle, from the 152nd intake, as a result of an accident happened while conducting a live firing training exercise earlier this morning at the Binturan Live Firing Range in Penanjong Garison in Tutong.
At this most difficult time, the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) extend their heartfelt condolences for the family and friends of the young Recruit Mohammad Afiq and those affected by this tragedy.
The Commander of Royal Brunei Armed Forces, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah also expressed his sadness and sympathy to the parents, siblings and other family members and friends of the deceased recruit.
The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) assures that a proper joint investigation will be conducted by the Royal Brunei Police and Royal Brunei Armed Forces Military Police to establish facts and circumstances surrounding this incident as well as to avoid similar incident in the future, and to ensure that all necessary safety precaution are adhered during training and operations.
The deceased body of Mohd Afiq was taken to his family’s house in Kampong Lambak Kiri for a burial this morning. The body was later buried at the Muslim cemetery in Kampong Terunjing in the presence of families, relatives and friends. Also at the burial to pay their last respect was the RBAF Commander, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih and the Commandant of Training Institute RBAF, Lieutenant Colonel Hasmee bin Hj Abd Wahab.
Mohammad Afiq is the eldest among four siblings. He joined the Royal Brunei Armed Forces as a recruit on 15 August 2014.
…………………………………………………..
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 22 Nobember 2014 – Kementerian Pertahanan dengan rasa yang amat sedih telah mengesahkan bagi pemergian seorang rekrut iaitu Rekrut Mohammad Afiq Fadhli bin Kefle, dari pengambilan ke 152, akibat dari kemalangan yang berlaku semasa menjalankan latihan tembakan peluru hidup seawal pagi tadi bertempat di kawasan Padang Tembak Binturan di Penanjong Garison, Tutong.
Pada masa yang paling sukar ini, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ingin merakamkan ucapan takziah khusunya untuk keluarga dan rakan-rakan arwah Rekrut Mohammad Afiq dan juga mereka yang turut merasa kesedihan dari tragedi ini.
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah juga meluahkan rasa sedih dan simpati kepada ibu bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan arwah.
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) memberi jaminan bahawa siasatan bersama akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Brunei dan Polis Tentera Angakatan Bersenjata Diraja Brunei untuk menubuhkan fakta-fakta dan hal keadaan sekitar kejadian tersebut serta bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi di masa akan datang, dan juga memastikan semua langkah-langkah keselamatan yang diperlukan adalah dipatuhi semasa menjalankan latihan dan operasi.
Jenazah Mohammad Afiq telah dibawa ke rumah keluarganya di Kampong Lambak Kiri untuk dikebumikan pagi ini. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Terunjing yang di saksikan oleh keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Hadir juga pada masa pengebumian ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih dan Komandan Institut Latihan ABDB, Leftenan Kolonel Hasmee bin Hj Abd Wahab.
Mohammad Afiq adalah anak sulung lelaki antara empat adik-beradik. Beliau menyertai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai rekrut pada 15 Ogos 2014.