PENANJONG GARISON, Isnin 12 November 2012 – Latihan Dua Hala telah dilaksanakan diantara anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dari Kompeni C, 3Bn TDDB dan USMC sempena Eksesais Carat 2012.

Anggota telah diberikan latihan khusus bagi tatacara dan prosedur didalam menangani musuh didalam sesuatu bangunan yang telah diberikan dari anggota USMC. Latihan adalah bermula dari peringkat seksen kemudian platun dan seterusnya peringkat Kompeni.​

Latihan ini telah bermula dari 4 November 2012 dan berakhir 14 November 2012.  Tujuan latihan ini adalah bagi memantapkan kerjasama, meningkatkan persefahaman, pengetahuan, gabungan kerjasama profesionalisme dan mengukuhkan dua hala yang terjalin. Konsep latihan ini tertumpu kepada pelajaran dan latihan Method of Urban Training (MOUT).


Latihan selama 10 hari ini merangkumi latihan teori selama 1 hari dan latihan praktikal selama 7 hari.  Kawasan Latihan bagi latihan praktikal ini dikendalikan bertempat di Komplek FIBUA,Penanjong Garison. Seramai 71 anggota USMC terlibat melaksanakan latihan bersama anggota TDDB. Sepanjang latihan ini dijalankan, anggota daripada USMC telah ditempatkan di Perkhemahan Penanjong. Semasa penempatan, mereka berpeluang untuk menjalinkan persahabatan dengan anggota TDDB yang terlibat dan mereka  juga berpeluang mengunjungi tempat-tempat yang menarik di Negara Brunei Darussalam.


Acara penutup latihan ini telah didiadakan pada Isnin, 12 November 2012 di Komplek FIBUA, Penanjong Garison yangmana turut hadir semasa pertunjukan demontrasi tersebut ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Abd Rahman, Pemerintah TDDB. 


Demonstrasi daripada anggota TDDB telah mempamerkan teknik baru yang membanggakan. Secara keseluruhan, anggota-anggota TDDB telah dapat memahami dan melaksanakan teknik baru dengan penuh keyakinan dan anggota daripada USMC dapat memberikan tunjuk ajar secara profesional.​