BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 20 Disember 2012 – Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan dengan bantuan kerjasama daripada pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah mengadakan kursus/latihan bagi penanaman, pemeliharaan dan reka bentuk tanaman hiasan. Kursus/latihan tersebut telah mula diadakan sejak 10 April 2012 yang lalu sehingga 20 Disember 2012.
Kursus/latihan tersebut diadakan sebanyak 10 sesi dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ianya dihadiri oleh seramai 170 orang peserta terdiri daripada kakitangan bahagian perburuhan dari semua cawangan/kem.
Sepanjang kursus/latihan tersebut, para peserta dapat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang tugas-tugas dan tatacara kerja dalam bidang pengendalian tanaman hiasan dan pemeliharaan bunga-bungaan. Kursus/latihan ini dengan sendirinya telah mencapai objektif perlaksanaan kursus/latihan ianya diadakan iaitu untuk meningkatkan lagi mutu kerja dan seterusnya dapat menambah keindahan di kawasan Perkhemahan-Perkhemahan ABDB di Kementerian ini.
Kursus/latihan tersebut telah berakhir pada hari Khamis, 20 Disember 2012 dan diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta kursus/latihan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan bertempat di Pusat Urusniaga Hortikultur Rimba, Gadong.


