PEKAN BANGAR, Rabu 6 Mei 2015 – Kompeni ‘E’ Batalion Pertama Tentera Diraja Darat Brunei (TDDB) pagi tadi mengadakan aktiviti keagamaan membersihkan perkuburan orang Islam sempena Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Raja Brunei (ABDB) kali ke 54 tahun.
Turut membantu mereka ialah ahli Tetap Kompeni Markas TDDB, Perkhemahan Bangar.
Lebih 80 anggota TDDB membersihkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Semamang, Pekan Bangar Temburong yang diketuai oleh Mejar Mohd Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Memerintah Kompeni ‘E’ Batalion Pertama TDDB.
Selepas membersihkan kubur, kegiatan diteruskan dengan membaca Surah Yassin dan tahlil serta doa arwah.
Akitiviti keagamaan ini merupakan Projek Amal sempena Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Raja Brunei (ABDB) bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan selain untuk mengingati saudara Islam yang telah kembali ke rahmatullah.
