
BOLKIAH GARRISON, Thursday 25 August 2011 - The Ministry of Defence organised a Khatam Al-Quran ceremony held at the ministry’s surau in Bolkiah Garrison, today to mark the culmination of a tadarus in the month of Ramadhan.
Deputy Defence Minister, Dato Paduka Haji Mustappa Bin Haji Sirat attended the annual ceremony as the guest of honour. Other guests present were Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Permanent Secretary, Deputy Permanent Secretaries, directors, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony which began after the Zohor prayer commenced with the recital of Surah Al-Fatihah followed by a mass recitation of the verses from Al-Quran. This was followed by reading of the Takhtim and Doa Khatam.
As part of the continuous programme in promoting religious activities during the holy month of Ramadhan, this annual activity was aimed at encouraging the personnel of the Ministry of Defence and RBAF and family members to complete reciting the 30 juzuk of the Quran.

Khatam Al-Quran Menandakan Tamat Tadarus
BOLKIAH GARISON, Khamis 25 Ogos 2011 -
Kementerian Pertahanan telah menganjurkan majlis Khatam Al-Quran yang
diadakan di surau Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garrison hari ini
bagi menandakan kemuncak acara bertadarus di bulan Ramadhan.
Timbalan Menteri Pertahanan,
Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat telah menghadiri majlis tahunan
ini sebagai tetamu kehormat. Tetamu lain yang hadir adalah Pemerintah
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri
Haji Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka
Haji Abidin, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap,
pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan
Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis
yang bermula selepas sembahyang Zohor itu bermula dengan bacaannya
Surah Al-Fatihah yang diikuti dengan bacaan ayat-ayat pilihan dari
Al-Quran. Ini diikuti dengan membaca Takhtim dan Doa Khatam.
Sebagai
sebahagian daripada program berterusan dalam mempromosikan
aktiviti-aktiviti agama pada bulan suci Ramadhan, aktiviti tahunan ini
adalah bertujuan untuk menggalakkan kakitangan Kementerian Pertahanan
dan anggota ABDB serta ahli-ahli keluarga mereka untuk melatihkan diri
untuk menamatkan membaca 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran.