BOLKIAH GARRISON, Friday, 30 July 2021 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces units based in Bolkiah Garrison held a
Khatam Al-Quran function in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 75th birthday at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
The
khatam Al-Quran is a special
pesambah presented to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. It is also an expression of gratitude and prayers to Allah Subhanahu Wa Ta’ala for His Majesty’s longevity, good health and well-being.
Present at the function were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II; Permanent Secretary, Ministry of Defence; and officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The function commenced with a recitation of
Sayyidul Istighfar,
Khatam
Al-Quran and
Takhtim and then a
Tahlil, followed by the
Dikir Marhaban and presentation of tokens of appreciation to the
Khatam Al-Quran participants. The function then proceeded with the reading of
Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam and concluded with the mass
Sunat Dhuha prayer and
Selawat.
Similar functions will also be held at all
suraus in RBAF garrisons, camps and bases.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-75 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 30 Julai 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) peringkat Bolkiah Garison telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Bacaan khatam ini adalah pesambah istimewa Kementerian Pertahanan dan ABDB Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di samping menzahirkan rasa penuh kesyukuran seraya memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta akan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan; serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Khatam Al-Quran, Doa Takhtim dan Tahlil dan diikuti dengan Dikir Marhaban serta penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta Khatam Al-Quran. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan solat Sunat Dhuha dan laungan selawat.
Majlis serupa juga akan diadakan di seluruh surau garison, perkhemahan, dan pangkalan Kementerian Pertahanan dan ABDB.