BOLKIAH GARRISON, Friday, 17 July 2020 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Khatam Al-Quran and thanksgiving ceremony in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 74th birthday celebration at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

The ceremony was attended by the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Permanent Secretary of Ministry of Defence, Services Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants, Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, followed by Khatam Al-Quran, Takhtim, and Doa Khatam and Doa Kesyukuran led by Imam Shuib bin Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’. Similar ceremonies will be held throughout the RBAF camps.

The ceremony was held in accordance to the guidelines set by the Ministry of Health to prevent spread of COVID-19.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM YANG KE 74

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 17 Julai 2020 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Kesyukuran sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74 tahun di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Hadir di majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Qur’an, Takhtim, Doa Khatam dan Doa Kesyukuran diketuai oleh Imam Shuib bin Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’. Majlis yang sama juga akan diadakan di semua perkhemahan ABDB.

Majlis ini telah diadakan sesuai dengan garis pandu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani penularan wabak COVID-19.