PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 8 Februari 2013 – Majlis kenaikan pangkat bagi PTB Kanan dan PTB rendah peringkat Batalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei telah dilangsungkan di rumah masak Perkhemahan Lumut. Sebanyak 29 anggota menerima pangkat; 1 orang menerima Sarjan Tetap, 3 orang menerima Pemangku Sarjan, 7 orang menerima Pemangku Koperal dan 18 orang menerima Pemangku Lance Koperal.
Hadir selaku tetamu kehormat adalah Pegawai Pemerintah Batalion ketiga Mejar Mohamad Zulkarnain bin Haji Abd Wahab. Majlis dimulakan dengan surah Al-Fatihah diikuti dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat dan diakhiri dengan doa. Serta hadir bagi majlis tersebut adalah pegawai-pegawai Batalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei dan isteri, PTB-PTB Kanan dan Rendah dan ahli keluarga penerima-penerima pangkat.


