BOLKIAH GARISON, Jumaat 2 Januari 2015 – Acara Penutup Majlis Dikir Maulud telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan sempena memperingati Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. 

Acara pada malam ini menandakan​​ berakhirnya Dikir Maulud yang telah berlansung selama 12 malam berturut-turut di seluruh Balai Ibadat dan Surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bermula pada 22 Disember 2014 Masihi bersamaan 1 Rabiulawal 1436 Hijrah.

Hadir di Majlis Penutup Dikir di Surau Kementerian Pertahanan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir ialah , Pemerintah ABDB, Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah khas bertajuk “Mencintai Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof bin Haji Abdul Majid, Penceramah Jemputan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis Penutup Dikir yang diketuai oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Imam Shuib bin Abdullah.

Majlis Penutup Dikir Maulud juga diadakan di seluruh Balai Ibadat dan Surau Perkhemahan ABDB.