BOLKIAH GARISON, Sabtu 21 Mei 2016 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengadakan Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban, bertempat di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diisi dengan bacaan Surah Yaa Siin sebanyak tiga kali dan doa khas Nisfu Sya’aban selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam Surau Kementerian Pertahanan.

Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di seluruh Surau Garison, Perkhemahan dan Pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.