BERAKAS GARISON, Khamis 24 Mac 2016 – Kejohanan Rentas Desa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah diadakan di Berakas Garison. Lebih 200 peserta yang terdiri dari anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas telah mengikuti kejohanan tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Unit Tentera, Komandan IL ABDB, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota ABDB.
Kejohanan Rentas Desa ini mempertandingkan acara berkumpulan dan juga acara terbuka mengikut kategori umur yang mana peserta dikehendaki belari sejauh lebih kurang 10 Km serta menguji ketahanan setiap peserta seperti mengharungi kawasan pantai, jalan raya dan juga bukit bukau. Kejohanan tersebut bermula dan berakhir di Mini Stadium Berakas Garison.
Juara bagi kategori kumpulan di menangi oleh Tentera Darat Diraja Brunei, manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh Kementerian Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas.





