
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 23 April 2014 – Pertandingan Petanque di antara Jabatanarah Awam sempena Sukan Kementerian Pertahanan telah berlangsung di Gelangang Petanque Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan dikendalikan oleh Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK). Kejohanan bertujuan bagi pemilihan mewakili Kementerian Pertahanan di Sukan Kementerian-Kementerian yang akan datang. Acara dipertandingkan ialah acara Perseorangan Lelaki dan Wanita.
Acara perseorangan lelaki di juarai oleh Awang Haji Raduan bin Haji Nudin dari JPPK setelah menewaskan Awang Masli bin Haji Mohd Said dari Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM), Perkhemahan Muara. Tempat ketiga ialah Mohd Omar bin Haji Adam dari JPTM, Perkhemahan Muara.
Acara perseorangan wanita di juarai oleh Dyg Hjh Norzailahwathy binti Haji Lakim dari JPPK setelah menewaskan Dyg Pungut binti Lamat dari JPTM, Perkhemahan Muara. Tempat ketiga ialah Dyg Norhayati binti Abdul Latip dari JPTM, Perkhemahan Bolkiah.
Manakala pemenang kutipan mata terbanyak keseluruhan sepanjang perlawanan di menangi oleh Dyg Hjh Norzailahwathy binti Haji Lakim dari JPPK.
Pingat-pingat kejohanan, Sijil Penyertaan dan Penghargaan telah disampaikan oleh Haji Muhd Shahrul Nizzam bin Umar, Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Sementara Kejohanan Akhir Tarik Kalat Dalam Dewan telah berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison dan di kendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sain dan Teknologi (P3ST). Satu kategori dipertandingkan iaitu berat badan terkumpul 680kg bagi 8 orang sepasukan.
Sebanyak empat pasukan menyertai pertandingan kali ini dan juara telah disandang oleh Pasukan JPTM, Perkhemahan Temburong setelah menewaskan Pasukan P3ST. Manakala tempat ketiga Pasukan dari Jabatanarah Kewangan dan Perolehan.
Hadiah-hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Lt Kol (L) Haji Mohd Amirul Shanoel bin Haji Mohd Noeh, Pemangku Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sain dan Teknologi.

