LANGKAWI, MALAYSIA, Thursday, 28 March 2019 – The patrol vessel of Royal Brunei Navy (RBN) KDB DARUTTAQWA arrived at Langkawi, Malaysia on the 25th March 2019 to participate in the 15th Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA‘19).

Captain Haji Othman bin Suhaili @ Suhaily, RBN, Deputy Commander of the RBN led RBN’s delegation to LIMA ‘19.

During the official visit in Langkawi, KDB DARUTTAQWA participated in various activities organized by LIMA ’19. These include, amongst others, the International Fleet Review which was  observed by Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, the Prime Minister of Malaysia, sea exercises, cultural exchange programmes, cross visits to ships, sport events and seminars. 

This official visit marks a significant milestone in RBN’s effort to further enhance multilateral ties and defence cooperation between the RBN and other navies.

KDB DARUTTAQWA TIBA DI LANGKAWI BAGI PAMERAN LIMA ’19 YANG KE-15

LANGKAWI, MALAYSIA, Khamis, 28 Mac 2019 – Kapal Peronda Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), KDB DARUTTAQWA tiba di Langkawi, Malaysia pada 25 Mac 2019 untuk menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi yang Ke-15 (LIMA ’19).

Kepten Haji Othman bin Suhaili @ Suhaily, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB mengetuai delegasi TLDB ke LIMA ‘19.

Semasa lawatan rasmi di Langkawi, KDB DARUTTAQWA telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang dirancang oleh LIMA ’19. Ini termasuk, antara lain, International Fleet Review yang disaksikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, latihan laut, program pertukaran budaya, lawatan  kapal, acara sukan dan seminar.

Lawatan rasmi ini menandakan peristiwa penting bagi TLDB dalam usaha mereka untuk  memperkukuhkan lagi hubungan pelbagai hala dan kerjasama pertahanan diantara TLDB dan juga tentera-tentera laut yang lain.