
MUARA NAVAL BASE, Thursday, 27 April 2023
– KDB DARULEHSAN set sail to embark on a 14-day deployment to participate in the International Maritime Defence Exhibition (IMDEX) and ASEAN-India Maritime Exercise (AIME) held in the Republic of Singapore.
Present as the Guest of Honour during the send-off ceremony was Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Acting Commander of the Royal Brunei Navy. Also present were officers, personnel, and
family members of Brunei Darussalam’s contingent. The ceremony began with a recitation of Doa by Muhammad Sabqi bin Nasar, RBN Religious Teacher.
KDB DARULEHSAN is captained by Commander Saiful Hazril bin Ali, who is leading the 69 personnel-contingent comprising the ship’s officers, crew, and
attachments including the medical officer, religious personnel, and
Naval Surface Action Group (NAVSAG) personnel. The deployment serves as a conducive platform for providing officers and personnel training opportunities to develop professionally as well as networking with ASEAN and other participating Navies. The programme entails a wide range of activities such as workshops, discussions on operations, professional exchanges, recreational and entertainment events as well as sports interactions.
IMDEX 2023 is expected to involve a total of 19 ships from various countries. RBN’s involvement signals an unwavering commitment in strengthening multilateral partnerships and contributing to the peace and stability of the maritime region. Furthermore, RBN’s participation in AIME 2023 is a testament towards upholding ASEAN centrality and promoting interactions with ASEAN dialogue partners.



KDB DARULEHSAN MEMBUAT PELAYARAN KE REPUBLIK SINGAPURA BAGI MENYERTAI PAMERAN PERTAHANAN MARITIM ANTARABANGSA (IMDEX) DAN LATIHAN MARITIM ASEAN-INDIA (AIME) 2023
PANGKALAN MUARA, Khamis, 27 April 2023 – KDB DARULEHSAN memulakan pelayaran bagi penugasan selama 14 hari untuk menyertai Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa (IMDEX) dan Latihan Maritim ASEAN-India (AIME) yang akan diadakan di Republik Singapura.
Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa majlis pelepasan ialah Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir ialah pegawai, anggota serta ahli keluarga kontinjen Negara Brunei Darussalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Muhammad Sabqi bin Nasar, Guru Agama Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Komander Saiful Hazril bin Ali mengetuai KDB DARULEHSAN dan 69 anggota kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pegawai kapal, kru kapal termasuk pegawai perubatan, anggota agama dan anggota Grup Tindak Permukaan Laut (GTPL). Penugasan itu merupakan sebuah platform yang kondusif dalam menyediakan peluang latihan bagi pegawai dan kru kapal ke arah pembangunan profesional serta menjalinkan rangkaian dengan Tentera Laut ASEAN dan negara-negara peserta. Program tersebut juga melibatkan pelbagai aktiviti seperti bengkel, perbincangan operasi, pertukaran profesional, acara rekreasi dan hiburan serta interaksi sukan.
IMDEX 2023 dijangka melibatkan sebanyak 19 buah kapal dari pelbagai negara. Penglibatan TLDB mencerminkan komitmen dalam mengukuhkan perkongsian pelbagai hala dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan maritim serantau. Tambahan pula, penyertaan TLDB dalam AIME 2023 adalah bukti
kearah menegakkan perpaduan ASEAN dan
menggalakkan
interaksi dengan rakan dialog ASEAN.