
BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 28 March 2022 – Twenty-four retired personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received donations from a charity project named Kamathali Habbah Project that started from 1 Feb until 18 March 2022.
This project is part of the community service activities organised in conjunction with the RBAF’s Diamond Jubilee celebrations and is coordinated through all surau in RBAF camps and garrisons. The Royal Brunei Air Force (RBAirF) as the main coordinator of the project, allocated Dewan Punai inside Rimba Air Base as a central location to collect donations from all the RBAF camps and garrisons surau.
The donation presentations were simultaneously conducted in all four districts to the recipients shortlisted by Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei and the project’s committee.
Donations for recipients from Brunei-Muara District was handed over by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Captain Haji Mohd Sarif Pudin bin Matserudin, RBN, Deputy Commander of Royal Brunei Navy (RBN), Lieutenant Colonel (U) Haji Hishamuddin bin Abidin, Acting Deputy Commander of the RBAirF and Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yussof, Commandant of Defence Academy RBAF (DA RBAF). In the Tutong District, the donations were handed over by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commandant of Training Institute (TI ABDB), and Lieutenant Colonel Muhammad Suwardi Ariffin bin PDLDP Haji Abdul Latif, Commanding Officer Special Force Regiment. Donations for recipients from Belait District were handed over by Colonel (U) Haji Muluddin Bin Awang Haji Latif, Director of Intelligence, and Colonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud, Director of Logistics. Whereas, donations for recipients in Temburong District were presented by Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head of Inspectorate Unit RBAF, and Lieutenant Colonel (U) Pg Md Khairul Arifin bin Pg Hj Md Salleh, Acting Director of Personnel.
This project has been receiving encouraging support from the RBAF in the previous years as it continues to encourage members of the RBAF to partake in assisting those in need and less fortunate.







PROJEK KAMATHALI HABBAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 Mac 2022 – Seramai 24 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah bersara telah menerima sumbangan derma daripada projek amal bernama Projek Kamathali Habbah yang telah berlangsung dari 1 Februari hingga 18 Mac 2022.
Projek ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang dikendalikan sempena Sambutan Jubli Intan ABDB yang telah diselaraskan melalui semua surau di perkhemahan dan garrison ABDB. Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) selaku pengendali bagi projek ini telah menyediakan Dewan Punai, TUDB sebagai tempat penyatuan dan pembahagian sumbangan yang telah diterima daripada semua surau-surau perkhemahan dan garrison.
Seterusnya, acara penyampaian sumbangan telah dilaksanakan secara serentak di keempat-empat daerah kepada penerima-penerima yang telah disenarai pendekkan oleh Persatuan Veteren ABDB dan jawatankuasa projek.
Sumbangan bagi penerima-penerima dari Daerah Brunei Muara telah diserahkan oleh Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Kapten Haji Mohd Sarif Pudin bin Matserudin,TLDB, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Kolonel (U) Haji Hishamuddin bin Abidin, Pemangku Timbalan Pemerintah TUDB dan Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yussof, Komandan Akademi Pertahanan (AP ABDB). Bagi penerima-penerima sumbangan di Daerah Tutong pula, ianya telah diserahkan oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan (IL ABDB) dan Leftenan Kolonel Muhammad Suwardi Ariffin Bin PDLDP Haji Abdul Latif, Pegawai Pemerintah Rejimen Pasukan Khas. Seterusnya sumbangan bagi penerima-penerima dari Daerah Belait telah diserahkan oleh Kolonel (U) Haji Muluddin bin Awang Haji Latif, Pengarah Perisikan dan Kolonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud, Pengarah Logistik. Sementara itu, sumbangan untuk penerima-penerima di Daerah Temburong telah disampaikan oleh Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Inspektorat Unit ABDB, dan Leftenan Kolonel (U) Pg Md Khairul Arifin bin Pg Hj Md Salleh, Pemangku Pengarah Keanggotaan.
Projek ini telah mendapat sokongan yang menggalakkan dari ABDB pada tahun-tahun sebelumnya kerana mampu mendorong anggota ABDB untuk sama-sama mengambil langkah dalam membantu meringankan beban bagi mereka yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik.