MUARA, Monday, 27 December 2021 – JS URAGA and JS HIRADO of Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF) made a logistic port of call to Brunei Darussalam on 27th December 2021. Along with the visit, the Royal Brunei Navy (RBN) and JMSDF have successfully conducted the Passage Exercise (PASSEX), participated by three ships namely, KDB DARULEHSAN, JS URAGA (Uraga-Class Minesweeper Vessel) and JS HIRADO (Awaji-Class Minesweeper Vessel), while enroute to Muara Commercial Port. 

Prior to and during the PASSEX, all planning and coordination meetings as well as execution were conducted virtually in line with Prime Ministers’ Office and the Ministry of Health current COVID-19 guidelines. 


A sequence of communication and manoeuvring exercises have also been pre-arranged to offer opportunities for all officers and crew from both navies to exercise interoperability while working and operating together at sea. The ceremony came to a close with a goodbye pass, in which both navies partake in ceremonials including ‘piping the side and lined the deck’ to bid farewell and show gratitude for their good friendship.


The PASSEX provides an opportunity for all crew and officers from both navies to practice and enhance their drills and further enhance interoperability between RBN and JMSDF through non-contact activities including naval exercises, training, and interactions. Both captains expressed gratitude and fulfillment with the exercises and look forward to more opportunities to strengthen naval ties in the future.


During the logistic visit, Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, RBN, the RBN’s Fleet Commander also received a virtual courtesy call by the JMSDF delegation led by Captain Yasushi Noguchi, Commander of Minesweeper Division One of the JMSDF along with the Commanding officers, Commander Koji Kondo and Lieutenant Commander Akira Ito. Meanwhile representatives from the Embassy of Japan in Brunei Darussalam were Lieutenant Commander Sugimoto Kentaro, Second Secretary of Japanese Embassy for Defence Cooperation to Brunei Darussalam.


The RBN remains committed to strengthen its relationship with JMSDF, enhancing interoperability and capacity building opportunities towards the goal of cooperation at sea. The RBN wishes the ships of the Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) safe passage to their next port of call.








JS URAGA DAN JS HIRADO DARI JAPAN MARITIME SELF DEFENSE FORCE (JMSDF) MENGADAKAN PERSINGGAHAN LOGISTIK DI BRUNEI DARUSSALAM


MUARA, Monday, 27 Disember 2021 – JS URAGA dan JS HIRADO dari Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) telah membuat persinggahan logistik ke Brunei Darussalam pada 27 Disember 2021. Seiring dengan lawatan tersebut, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan JMSDF telah berjaya menjalankan Passage Exercise (PASSEX), disertai oleh tiga buah kapal iaitu, KDB DARULEHSAN, JS URAGA (Kelas-Uraga Minesweeper) dan JS HIRADO (Kelas-Awaji Minesweeper Vessel), semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Komersial Muara. 


Sebelum dan semasa latihan PASSEX, semua perancangan dan mesyuarat penyelarasan serta pelaksanaan telah dijalankan secara dalam talian, selaras dengan garis panduan COVID-19 daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan. 


Latihan komunikasi dan latihan manoeuvring telah diatur awal untuk menawarkan peluang kepada semua pegawai dan anak kapal dari kedua-dua angkatan laut untuk saling melaksanakan latihan interoperabiliti semasa bertugas dan operasi bersama di laut. Acara diakhiri dengan farewell pass di mana kedua-dua angkatan laut mengambil bahagian dalam upacara piping the side dan berbaris di sisi kapal untuk mengucapkan selamat tinggal serta merakamkan penghargaan atas persahabatan yang baik antara kedua-dua tentera laut.


Latihan PASSEX telah memberikan peluang kepada semua anak kapal dan pegawai dari kedua-dua tentera laut untuk berlatih dan meningkatkan keupayaan mereka serta meningkatkan lagi interoperabiliti antara TLDB dan JMSDF tanpa melibatkan aktiviti fizikal termasuk eksesais tentera laut, latihan dan interaksi. Kedua-dua kapten melahirkan rasa syukur serta berpuas hati dengan latihan tersebut dan mengharapkan lebih banyak peluang untuk mengeratkan hubungan tentera laut pada masa hadapan. 


Dalam lawatan logistik tersebut, Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman TLDB, Pemerintah Armada TLDB turut menerima kunjungan hormat secara dalam talian oleh delegasi JMSDF yang diketuai oleh Kapten Yasushi Noguchi, Pemerintah Divisyen Minesweeper Satu JMSDF bersama dengan pegawai pemerintah kedua-dua kapal, Komander Koji Kondo dan Leftenan Komander Akira Ito. Manakala wakil dari Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam ialah Leftenan Komander Sugimoto Kentaro, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun bagi Kerjasama Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam.


TLDB kekal komited untuk mengukuhkan hubungan dengan JMSDF, meningkatkan tahap interoperabiliti dan peluang bagi pembangunan kapasiti ke arah matlamat kerjasama di laut. TLDB berharap agar perjalanan yang lancar bagi kapal-kapal JMSDF ke pelabuhan seterusnya.