BOLKIAH GARRISON, Friday, 21 June 2019 – The Joint Force Headquarters (JFHQ) conducted two planning exercises which will eventually culminate into a national exercise called Exercise Hikmat Bersatu VI (Ex HBVI). 

As the first phase of Ex HBVI, Collective Planning Exercise (CPE 1) was held earlier in the year, from 4 to 8 March 2019 whereas the second phase, CPE 2, recently concluded from 17 to 21 June 2019. Following the CPEs are a Command Post Exercise (CPX) and the Field Training Exercise (FTX).

The participants for CPE 1 comprised of Joint Force Headquarters (JFHQ), Single Service Component Commands (CCs) and the Special Forces Regiment (SFR), while CPE 2 included other external agencies from Other Government Departments (OGDs) including the National Security Committee, Royal Brunei Police Force, Forestry Department, National Maritime Coordination Centre, National Disaster Management Centre, Immigration and National Registration Department, Royal Customs and Excise Department, Department of Civil Aviation and Attorney General’s Chambers.

These CPEs aim to conduct joint operational planning in response to crisis by employing a comprehensive approach in a complex military-civilian asymmetrical environment. Through these CPEs, the players would be able to learn and practice the current appreciation tool and enhance the coordination process between JFHQ, CCs and OGDs. Furthermore, the exercise aims to improve the level of skills and professionalism to those involved, with strategic considerations, hence prepare them well for the upcoming CPX and FTX of Ex HBVI.

Ex HBVI, coordinated by the Joint Doctrine and Warfare Centre (JDWC), is a controlled exercise which covers operational and tactical level military exercise within a joint operating environment. The Exercise is set to take place in September this year.




MARKAS ANGKATAN BERSAMA ABDB MENGANJURKAN LATIHAN COLLECTIVE PLANNING EXERCISE 1 DAN 2

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 21 Jun 2019 – Markas Angkatan Bersama ABDB menganjurkan dua latihan perancangan bagi mempersiapkan latihan kebangsaan iaitu Eksesais Hikmat Bersatu VI (Eks HBVI). 

Fasa pertama Eks HBVI, Collective Planning Exercise 1 (CPE 1) telah diadakan pada awal tahun ini, dari 4 hingga 8 Mac 2019, manakala fasa kedua, CPE2 telah disimpulkan dari 17 hingga 21 Jun 2019 baru ini. Berikutan latihan-latihan CPE adalah Latihan Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX).

Semasa fasa pertama ini, anggota-anggota yang terlibat terdiri daripada Markas Angkatan Bersama (MAB), Komponen-Komponen Angkatan Tentera Tunggal dan Rejimen Pasukan Khas (RPK). Sementara itu, CPE 2 pula berlangsung dengan tambahan penglibatan pemerhati daripada Jabatan-jabatan Kerajaan lain iaitu Jawatankuasa Keselamatan Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perhutanan, Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Peguam Negara.

Latihan-latihan CPE ini bertujuan untuk membuat perancangan operasi bersama sebagai tindak balas terhadap krisis dengan menggunakan pendekatan yang komprehensif di dalam persekitaran asimetri yang kompleks di antara tentera dan awam. Melalui latihan-latihan CPE ini, para peserta latihan akan dapat mempelajari dan mempraktikkan kaedah apresiasi semasa dan meningkatkan proses koordinasi antara MAB, Komponen-Komponen Angkatan Tentera Tunggal dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Tambahan pula, latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan profesionalisme anggota-anggota yang terlibat, dengan pertimbangan peringkat strategik, yang mana akan mempersiapkan mereka dengan lebih baik bagi latihan CPX dan FTX Eks HBVI yang akan datang.

Eksesais Hikmat Bersatu VI (Eks HBVI), yang diselaraskan oleh Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama (PDPB), adalah latihan terkawal yang meliputi latihan ketenteraan peringkat operasi dan taktikal dalam persekitaran operasi bersama. Eksesais ini dirancang akan dikendalikan pada bulan September tahun ini.