REPUBLIC OF PHILIPPINES, Tuesday, 28 May 2019 – Brigadier General (U) Mohd Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces (JFC RBAF) made a working visit to Manila and Cotabato City, Republic of Philippines from 26 to 28 May 2019.

During the visit, JFC RBAF and delegation made a courtesy call to Lieutenant General Salvador Mison Jr, Vice Chief of Staff Armed Forces of the Philippines (AFP) at the General Headquarters, Camp General Emilio Aguinaldo, Quezon City. Both sides expressed satisfaction over the strong and longstanding relationships that had been fostered between both armed forces.

While in Cotabato City, Mindanao, the JFC RBAF and delegation also met with Brigadier General Juvymax R UY, Assistant Commander of the 6th Infantry Division at the 6th Infantry Division Headquarters, and First Admiral Abd Halim bin Hj Shaari, Deputy Head of Mission IMT 14 at IMT Headquarters.

The JFC RBAF and his delegation also had the opportunity to visit the IMT Team Site 1, where the delegation members were briefed on the latest situation in Mindanao and situational progress of Independent Decommissioning Body (IDB) on the decommissioning programme of MILF weapons.

In conjunction with the holy month of Ramadhan 1440H, the JFC RBAF distributed His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s personal donation of ‘Safawi’ dates to the people of Mindanao and the Al-Quran ‘Mushaf Al-Watsiqa Billah’ to the Grand Mosque. 

The visit is an opportunity for both countries to reaffirm the existing bilateral military ties and cooperation. Brunei Darussalam’s uniformed personnel have been deployed to IMT since 2004. The IMT mission has provided substantial operational experience for both the RBAF and RBPF. Brunei Darussalam’s current contingent of the IMT comprises of eight RBAF personnel and a personnel from the RBPF, headed by Lieutenant Colonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi. 


LAWATAN KERJA PEMERINTAH MARKAS ABDB KE REPUBLIK FILIPINA

REPUBLIK FILIPINA, Selasa, 28 Mei 2019 – Brigedier Jeneral (U) Mohd Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Pem AB ABDB) mengadakan lawatan kerja ke Manila dan Cotabato City, Republik Filipina dari 26 hingga 28 Mei 2019.

Semasa lawatan tersebut, Pem AB ABDB dan rombongan telah membuat kunjungan hormat kepada Leftenan Jeneral Salvador Mison Jr, Vice Chief of Staff Armed Forces of the Philippines (AFP) di Perkhemahan General Emilio Aguinaldo, Bandar Quezon. Kedua belah pihak merakamkan rasa puas hati terhadap hubungan ketenteraan dua hala yang kuat dan lama terjalin di antara kedua-dua angkatan tentera. 

Semasa lawatan ke Cotabato City, Pem AB ABDB dan rombongan membuat perjumpaan kepada Brigedier Jeneral Juvymax R UY, Penolong Pemerintah 6th Infantry Division di Markas 6th Infantry Division dan Laksamana Pertama Abd Halim bin Hj Shaari, Timbalan Ketua Misi Pasukan Pemantauan Antarabangsa (PPA) 14 di Markas PPA.

Pem AB ABDB dan rombongan juga berpeluang melawat PPA Team Site 1, di mana Pem AB ABDB dan rombongan telah diberikan taklimat mengenai keadaan terkini di Mindanao dan keadaan perkembangan Independent Decommissioning Body (IDB) dengan program penamatan senjata MILF.

Sempena bulan Ramadhan 1440H, Pem AB ABDB juga menyampaikan Derma Bantuan Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berupa Kurma ‘Safawi’ kepada penduduk Mindanao dan Al-Quran ‘Mushaf Al-Watsiqa Billah’ ke Grand Mosque.

Lawatan pengenalan ini adalah satu peluang bagi kedua-dua negara untuk mengesahkan lagi hubungan ketenteraan dan kerjasama tentera dua hala yang sedia ada. Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Negara Brunei Darussalam telah ditugaskan ke Pasukan Pemantauan Antarabangsa sejak tahun 2004. Misi Pasukan Pemantauan Antarabangsa telah memberi pengalaman operasi kepada anggota-anggota ABDB dan PPDB. Kontinjen Negara Brunei Darussalam pada masa ini terdiri daripada lapan anggota ABDB dan seorang anggota PPDB, dan diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi.