
RIMBA CAMP GADONG, Wednesday 26 January 2022 – The 10th Edition ‘Jiwaku Ikhlas’ Charity Project that took place today is a collaboration between the Royal Brunei Malay Reserve Regiment (RBMRR), Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Military Cadets, led by Lieutenant Colonel Muhammad Suradzin bin Hj Mohd Yusof, Commanding Officer of RBMRR, and Kris Karmila Kreation Co. led by Hajah Karmila Haji Sapar (Kris Karmila).
A total of 41 students from two schools in the Brunei-Muara District, namely Sultan Sharif Ali Secondary School, Salambigar and Berakas Secondary School, were selected to receive donations through this 10th edition project.
Before leaving the Rimba Camp at 9 am, a certificate presentation event to express appreciation for the sponsors was held at the Rimba Camp Headquarters. Sponsors included the Embassy of the Islamic Republic of Iran, Kris Karmila Kreations Co., Krispy Krunchiez, Firoz Jaya Silk House Sdn Bhd, Superwater Marketing Sdn Bhd, CJMM Company Furniture, Kedai Jam Brunei, The Persian Gallery, Phoenix Star, Dapur Qisk, Project Printhub, RBMRR with RBAF Military Cadets and members of the public.
After the event, a delegation first went to the Sultan Sharif Ali Secondary School, Salambigar, to distribute the donations, and later followed by the Berakas Secondary School. Donations handed over were in the form of basic school supplies, including books, stationery, school bags, supply bottles, face masks, essential food items and snacks. Besides providing the contributions required, the RBMRR also supervised managing transportation and manpower for the event.
All events were implemented following the guidelines of the Endemic Phase and Standard Operating Procedures (SOP) as set by the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
The 11th edition will take place in February 2022, where the public is welcome to contribute and further provide support to ensure the continuity of the community initiative in the future. Interested individuals can contact +673 7171488 for any enquiries.


PROJEK AMAL ‘JIWAKU IKHLAS’ EDISI KE-10
RIMBA KEM GADONG, Rabu 26 Januari 2022 – Projek Amal ‘Jiwaku Ikhlas’ Edisi ke-10 telah diadakan pada hari ini yang merupakan kerjasama di antara Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB), Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB), yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Muhammad Suradzin bin Hj Mohd Yusof, Pegawai Pemerintah ASMDB dan Kris Karmila Kreation Co. yang diketuai oleh Hajah Karmila Haji Sapar (Kris Karmila).
Seramai 41 orang penuntut, dari dua buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara, iaitu Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar dan Sekolah Menengah Berakas telah pun terpilih untuk menerima sumbangan melalui projek edisi ke-10 ini.
Sebelum rombongan meninggalkan Kem Rimba pada jam 9 pagi, majlis penyerahan sijil penghargaan kepada para penyumbang dan penaja telah diadakan di Markas Kem Rimba sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang terdiri daripada Kedutaan Besar Republik Islam Iran, Kris Karmila Kreations Co., Krispy Krunchiez, Firoz Jaya Silk House Sdn Bhd, Superwater Marketing Sdn Bhd, CJMM Company Furniture, Kedai Jam Brunei, The Persian Gallery, Phoenix Star, Dapur Qisk, Project Printhub, ASMDB bersama KT ABDB dan orang awam.
Ini diikuti dengan pergerakan rombongan ke Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar bagi melaksanakan penyerahan sumbangan, dan disusuli dengan penyerahan sumbangan dan derma ke Sekolah Menengah Berakas. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan asas keperluan sekolah termasuk buku, alat tulis, beg sekolah, botol bekalan, sungkup muka, barang makanan asasi dan makanan ringan. Di samping memberikan sumbangan keperluan yang diperlukan, ASMDB juga berperanan sebagai penyelia dalam pengurusan pengangkutan dan tenaga kerja.
Semua acara telah dilaksanakan mengikut garis pandu Fasa Endemik dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Edisi ke-11 akan dilaksanakan pada bulan Februari 2022 di mana orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama memberikan sumbangan dan seterusnya menyokong inisiatif kemasyarakatan ini agar dapat diteruskan di masa akan datang. Orang ramai boleh berhubung terus melalui telefon +673 7171488 untuk sebarang pertanyaan.