
MUARA NAVAL BASE, Friday, 10
June 2022 – A total of 35 Hajj pilgrims comprised 15 civil servants and 20 military personnel from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were honoured with a Jiwa Murni Ceremony held at Surau Al-Huda, Muara Naval Base this afternoon.
In attendance as the Guests of Honour were First Admiral Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Acting Commander of the RBAF, and Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence.
The ceremony began with the recitation of the Sayyidul Istighfar, Surah Yassin and Doa Selamat followed by recitations of Asmaul Husna and Selawat Tafrijiyyah. The ceremony proceeded with a religious talk on “Perjalanan Yang Dirindui” delivered by Ustaz Pg Hj Reduan bin Pg Hj Badaruddin, Assistant Religious Officer, from the Islamic Da’wah Centre. The ceremony then continued after a mass Asar Prayers with Doa Peliharakan Sultan and recitation of Selawat Qiyam and concluded with Surah Al-Asr, Tasbih Kaffarah and Doa Kepada Ibu Bapa.
The ceremony is an annual event held by the RBAF for military personnel and civil servants in the Ministry of Defence who intend to perform the Hajj pilgrimage. The last Jiwa Murni ceremony was held in 2019 prior to COVID-19 that had restricted muslims from performing the pilgrimage.





MAJLIS JIWA MURNI 2022/ 1443H BAGI BAKAL-BAKAL HAJI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Jumaat, 10 Jun 2022 – Seramai 35 bakal-bakal jemaah Haji yang terdiri daripada 15 pegawai dan kakitangan awam dan 20 anggota tentera dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diraikan dengan Majlis Jiwa Murni yang diadakan di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara pada petang ini.
Hadir sebagai Tetamu Kehormat Bersama ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Pemangku Pemerintah ABDB dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yassin dan Doa Selamat diiktui dengan bacaan Asmaul Husna dan Selawat Tafrijiyyah. Majlis diteruskan dengan ceramah agama bertajuk “Perjalanan Yang Dirindui” yang disampaikan oleh Ustaz Pg Hj Reduan bin Pg Hj Badaruddin, Penolong Pegawai Ugama daripada Pusat Da’wah Islamiah. Majlis kemudian diteruskan selepas solat Fardhu Asar berjemaah dengan Doa Peliharakan Sultan dan bacaan Selawat Qiyam dan diakhiri dengan Surah Al-Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa Kepada Ibu Bapa.
Majlis tersebut adalah acara tahunan yang diadakan oleh ABDB untuk anggota-anggota tentera serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan yang akan menunaikan ibadah Haji. Majlis Jiwa Murni yang terakhir telah diadakan pada tahun 2019 sebelum pandemik COVID-19 yang menghalang jemaah daripada menunaikan ibadah haji.