BOLKIAH GARRISON, Thursday, 1 June 2023 – Prospective Hajj Pilgrims are considered the chosen Muslims by Allah Subhanahu Wa Ta’ala for they have been selected as His special guests to perform the Hajj. The Hajj is not an easy pilgrimage, therefore it is necessary for every pilgrim to prepare themselves with a journey towards piety and constantly express gratitude to Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the opportunity to improve spirituality from the very beginning, understand and appreciate the meaning of the Hajj so that the Hajj to be performed later achieves a Mabroor Hajj which has no reward for it other than Jannah.
This is among the advice in a special Tazkirah entitled Lambaian Ilahi delivered by the Religious Development Officer/Assistant Head of the Spreading of Da’wah Division, Islamic Da’wah Center (PDI), Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa at the Jiwa Murni Ceremony, which is the contribution presentation for Hajj Pilgrims of the Ministry of Defence that was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. This year Hajj Pilgrims from the Ministry of Defence comprise of 11 civilians and 12 military personnel.
Present during the event as the guest of honour and to present contributions for the male intending pilgrims was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, whilst his spouse Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili presented the contributions for the female intending pilgrims. Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Deputy Permanent Secretaries, Service Commanders and spouses including senior officers from the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony began with the recitation of the Sayyidul Istighfar, Surah Yaasin followed by Asmaul Husna. After the Tazkirah presentation, the ceremony continued with mass Sunnat Hajat prayer and followed by Doa Selamat for the Hajj pilgrims, with the intention of seeking the blessings of Allah Subhanahu Wa Ta’ala so that all intending Hajj pilgrims from the Ministry of Defence receive protection, safety, ease in all matters, and are always in good health, and achieve a Mabroor Hajj.
This annual event of giving care and concern is an effort by the Ministry of Defence towards its civilian and military personnel as well as their family members which aims to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala so that prospective pilgrims will be blessed with good health, strength and a mabroor Hajj in addition to being able to lighten the burden and further increase the spirit of the pilgrims to fulfill the fifth pillar of Islam with full piety and istiqamah.







MAJLIS JIWA MURNI (MAJLIS SUMBANGAN DERMA) BAGI BAKAL-BAKAL HAJI KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 1 Jun 2023 - Bakal-Bakal Jemaah Haji merupakan umat islam yang terpilih menjadi jemputan Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjadi tetamu istimewa-Nya bagi menunaikan Haji. Ibadah Haji bukanlah suatu perkara yang mudah, justeru perlu bagi setiap jemaah untuk mempersiapkan diri dengan perjalanan menuju taqwa dan sentiasa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk berpeluang bagi meningkatkan kerohanian sejak awal lagi, memahami dan menghayati makna Haji itu agar Haji yang dilaksanakan nanti mencapai Haji yang mabrur iaitu tiada balasan lain melainkan syurga.
Demikian antara nasihat dalam tazkirah khas bertajuk Lambaian Ilahi yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama/Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa di Majlis Jiwa Murni Kementerian Pertahanan iaitu majlis penyampaian sumbangan untuk bakal-bakal Haji Kementerian Pertahanan. Tahun ini, seramai 11 anggota awam dan 12 anggota tentera dari Kementerian Pertahanan diraikan yang diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji lelaki adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, manakala Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menyampaikan sumbangan kepada jemaah wanita. Turut hadir adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan isteri-isteri serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yaasin dan diikuti dengan laungan Asmaul Husna. Setelah penyampaian tazkirah, majlis diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan Doa Selamat bagi bakal jemaah Haji bagi memohon kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar kesemua bakal jemaah Haji Kementerian Pertahanan mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi Haji yang mabrur.
Majlis tahunan ini merupakan satu usaha pemedulian dan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap warga Kementerian Pertahanan (awam dan tentera) dan ahli keluarga yang bertujuan untuk memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar bakal-bakal haji dikurniakan kesihatan, kekuatan dan juga mendoakan agar mendapat haji yang mabrur di samping dapat meringankan beban dan meningkatkan lagi semangat bakal-bakal haji Kementerian Pertahanan untuk menunaikan rukun islam yang kelima dengan penuh ketaqwaan dan istiqamah.