BANGKOK, THAILAND Monday 18 April 2011 – Commmander of Royal Brunei Navy, Colonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah call on Admiral Khamthorn Pumhiran Commander in Chief, Royal Thai Navy, General Supasit Vorasart and Representative of Minister of Defence Thailand and General Songkitti Jaggabatara, Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces as part of his introductory visit to Thailand since his appointment in 2008.
Colonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah visited the Royal Thai Navy Headquarters and was greeted by Admiral Khamthorn Pumhiran, Commander in Chief, Royal Thai Navy. He then inspected the Guard of Honour followed by a courtesy call to Commander in Chief, Royal Thai Navy.
During his visit to the Ministry of Defence, a courtesy call was held to Ministry of Defence representative, General Supasit Vorasart and Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces Songkitti Jaggabatara followed after.
During his stay in Thailand, Colonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah and spouse had the opportunity to visit historical places and tourist sites around the city of Bangkok.
The visit was intended to enchance the existing bilateral defence ties and cooperation between the two countries. Colonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah and spouse arrived on 18 April 2011 in Thailand for a three day official visit.



LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI KE THAILAND
BANGKOK, THAILAND Isnin 18 April 2011
– Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Kolonel (L) Haji Abdul Halim
bin Haji Mohd Hanifah, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Admiral
Khamthorn Pumhiran Panglima Tentera Laut Diraja Thailand, Jeneral
Supasit Vorasart, Wakil Menteri Pertahanan di Kementerian Pertahanan dan
Jeneral Songkitti Jaggabatara, Panglima Angkatan Tentera, Angkatan
Bersenjata Diraja Thailand sebagai sebahagian daripada lawatan
perkenalan ke Thailand sejak perlantikannya pada tahun 2008.
Kunjungan Kolonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah
ke Markas Tentera Laut Diraja Thailand disambut oleh Admiral Khamthron
Pumhiran, Panglima Tentera Laut Diraja Thailand. Beliau kemudian
memeriksa perbarisan kawalan kehormatan diikuti dengan kunjungan hormat
kepada Panglima Tentera Laut Diraja Thailand.
Semasa kunjungan ke Kementerian Pertahanan, beliau juga
mengadakan kunjungan hormat kepada Wakil Menteri Pertahanan Jeneral
Supasit Vorasart. Setelah selesai Kunjungan Hormat kepada Menteri
Pertahanan, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei juga membuat Kunjungan
Hormat kepada Jeneral Songkitti Jaggabatara Panglima Angkatan Tentera,
Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.
Selama berada di sana, Kolonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji
Mohd Hanifah dan isteri juga mengadakan lawatan ke tempat-tempat
bersejarah dan manarik di sekitar Bandar Bangkok.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan
pertahanan dua hala yang sudah lama terjalin dan kerjasama antara kedua
buah Negara.
Kolonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah bersama
isteri serta rombongan tiba di Negara Thailand pada 18 April 2011 atas
lawatan rasmi selama tiga hari.