BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 24 June 2026 – Yang Mulia Mr. Joseph Leong, Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence of the Republic of Singapore, is undertaking an inroductory visit Brunei Darussalam from 23 to 25 June 2026, following his appointment as Permanent Secretary (Defence) on 1 April 2026.
During the visit, Yang Mulia Mr. Joseph Leong made an introductory call on Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. During the call, both sides reaffirmed the special and longstanding defence partnership between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, and expressed their commitment to the various commemorative events marking the Golden Jubilee of defence relations between the two countries.
Also accompanying the Republic of Singapore’s delegation were Yang Mulia Colonel Daxson Yap, Director of Defence Policy; Yang Mulia Colonel Joseph Lin, Director of Intelligence; and Yang Mulia Colonel Steven Ng, Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam.
Mr. Joseph Leong also called on Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Haji Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
As part of the visit, Mr. Joseph Leong and delegation made a working visit to the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), where they participated in an exchange of views session on regional and international security dynamics.








LAWATAN PENGENALAN SETIAUSAHA TETAP (PERTAHANAN) KEMENTERIAN PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA
BOLKIAH GARISON, Rabu, 24 Jun 2026 – Yang Mulia Tuan Joseph Leong, Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan, Republik Singapura sedang mengadakan lawatan pengenalan ke Negara Brunei Darussalam dari 23 hingga 25 Jun 2026 berikutan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Tetap (Pertahanan) pada 1 April 2026.
Semasa lawatan tersebut, Yang Mulia Tuan Joseph Leong telah mengadakan kunjungan pengenalan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak mengesahkan hubungan pertahanan yang istimewa dan telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, serta menyatakan komitmen mereka tehadap pelbagai acara komemoratif sempena sambutan Jubli Emas hubungan pertahanan kedua-dua negara pada tahun ini.
Turut menyertai delegasi Republik Singapura itu ialah Yang Mulia Kolonel Daxson Yap, Pengarah Dasar Pertahanan; Yang Mulia Kolonel Joseph Lin, Pengarah Perisikan; dan Yang Mulia Kolonel Steven Ng, Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Tuan Joseph Leong turut mengadakan kunjungan pengenalan kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Haji Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan. Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, Yang Mulia Tuan Joseph Leong dan delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di mana beliau menghadiri sesi pertukaran pandangan mengenai perkembangan serta dinamika sekuriti serantau dan antarabangsa.