BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday 3 November 2015 – This morning the Ministry of Defence received an official visit from the recently appointed Chief of Defence Forces (CDF) of the Republic of Singapore Armed Forces (SAF), His Excellency Major General Perry Lim.

Upon arrival at the Ministry of Defence in Bolkiah Garrison, His Excellency Major General Perry Lim was welcomed with the Guard of Honour ceremony mounted by personnel from 2nd Battalion of Royal Brunei Land Forces (RBLF). Following the welcoming ceremony, he proceeded to pay a courtesy call on the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

On a separate occasion His Excellency also made an introductory call to the Commander of Royal Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah. 

The excellent links of Brunei Darussalam and Singapore defence cooperation are built through an extensive range of activities between the RBAF and the SAF such as bilateral exercises, regular visits, professional exchange programmes and other cooperative arrangements. These interactions have strengthened the rapport and camaraderie between personnel of the two armed forces. The visit by the Singapore CDF significantly aims in continuing the long established bilateral relations of both countries and an opportunity to explore areas of military cooperation between RBAF and the SAF.

His Excellency Major General Perry Lim begins his three-day introductory visit to Brunei Darussalam from 2 November until 4 November 2015.

His Excellency Major General Perry Lim is Singapore’s ninth and latest CDF as he took command of the SAF from his predecessor Lieutenant-General Ng Chee Meng.






LAWATAN PENGENALAN KETUA TURUS PERTAHANAN SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 3 November 2015 – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) yang baru, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral Perry Lim. 

Sejurus tiba di Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison, Tuan Yang Terutama telah di sambut dengan upacara Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Ini diikuti dengan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Di acara yang berasingan, Ketua Turus Pertahanan Singapura ini mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Hubungan yang sangat baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura di dalam kerjasama pertahanan dibina melalui pelbagai aktiviti antara ABDB dan ABRS seperti latihan dua hala, lawatan, pertukaran program-program profesional dan usahasama-usahasama yang lain. Interaksi ini telah mengukuhkan hubungan serta keakraban antara anggota-anggota kedua-dua angkatan tentera.

Lawatan Ketua Turus Pertahanan Singapura ini bertujuan untuk meneruskan hubungan dua hala kedua-dua buah negara yang telah lama terjalin dan peluang untuk meneroka bidang kerjasama ketenteraan.

Tuan
Yang Terutama Mejar Jeneral Perry Lim tiba di negara ini bagi lawatan
pengenalan rasmi selama tiga hari bermula dari 2 November hingga 4
November 2015.

Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral Perry Lim merupakan Ketua Turus Pertahanan Singapura yang ke sembilan dan mengambil alih pemerintah ABRS dari Ketua Turus Pertahanan yang terdahulu iaitu Leftenan-Jeneral Ng Chee Meng.